Bismillah
Baru2 ini saya ditanya tentang beza plak, caries dan cavity. Ini jawapannya
Plak
Proses fisiologi (semula jadi) yang terbentuk daripada
komuniti mikroorganisma yang melekat pada permukaan gigi. Ini bermakna
kewujudan plak adalah proses semula jadi yang Allah telah tetapkan. Namun, jika
kita biarkan plak ini berkumpul dalam jangka masa yang lama, ia akan menyebab
berlakunya caries. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada berlakunya caries ,plak
boleh dikurangkan dengan memberus gigi, floss, atau bersiwak. Lagi baik , jika menggunakan
mouthwash seperti Listerine, Colgate
Plax dan sebagainya
Caries
Proses yang berlaku pada permukaan gigi yang membenarkan
plak membiak pada jangka masa tertentu. Proses ini juga proses semula jadi yang
mana kita tidak boleh elak. Namun, jika kita biarkan dalam masa yang lama,
caries akan membahayakan gigi dan boleh merebak hingga ke dalam gigi dan
merosakkan struktur yang ada dalam gigi tersebut. Caries tidak boleh dibuang
dengan hanya memberus gigi, floss atau bersiwak tetapi haruslah berjumpa dengan
dr gigi untuk membuangnya.
Cavity
Cavity terhasil apabila berlakunya pemecahan (breakdown)
enamel gigi yang berlaku semasa mengunyah atau semasa rawatan gigi dijalankan.
Ianya berlaku apabila caries merebak hingga ke dentine (struktur dalam gigi).
Akhirnya berlakulah gigi berlubang. Untuk mengatasi masalah cavity gigi ini,
pesakit perlulah berjumpa dengan dr gigi
untuk tampalan.
Rujukan: Essentials of Dental Caries Third Edition Edwina A.M. Kidd
No comments:
Post a Comment