Sunday, 19 July 2015

Sayangilah dr gigi sejak dari kecil ;)

Bismiillah...

 Dalam pergigian sendiri ada satu bidang khusus yang memang fokus pada bayi dan kanak2. Nama bidang ini pediatric. Kebanyakan orang perempuan suka pada bidang ini tapi mungkin tidak bagi aku..hee..aku tak berapa minat layan budak2. Mungkin sebab aku anak bongsu kot..

kaitan? haha

Walau pediatric ini bukanlah bidang aku, tapi kena kuasai juga ilmu Allah ini. Kena ikhlaskan hati :)

Soalan cliche:
Bila sepatutnya kanak2 dibawa jumpa dentist?
> apabila bdk itu dah tumbuh gigi pertamanya. Kebiasaannya umur 6-7 bulan tu dah tumbuh gigi pertama.

Kebanyakan ibu bapa tidak tahu akan fakta ini. Atau mungkin mereka tahu cuma tidak tahu apa kepentingan untuk jumpa dgn dentist. Dengan kata lain, kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang penjagaan gigi sejak dari kecil. Aku juga tidak tahu tentang perkara ini sebenarnya tetapi bila aku mendalami bidang ini baru aku tahu betapa pentingnya untuk jaga gigi sejak bayi.

Jadi, kenapa mesti jumpa dentist seawal usia 6 bulan?

Secara umum, aku lihat ini adalah salah satu langkah pencegahan. Pencegahan lebih baik daripada mengubati kan? Kerana kondisi gigi kita tidak sama untuk setiap orang. Ada kecacatan gigi yang boleh kita betulkan sejak bayi. Jadi, ia tidak memerlukan kos yang banyak pun untuk mencegah berbanding merawat. Dentist boleh merancang rawatan awal untuk mengatasi masalah tersebut.

Sebagai contoh, kebanyakan rahang (jaw) orang Asia kecil dan bergigi besar. Jadi kemungkinan untuk gigi bertindih (crowding) itu sangat lah tinggi. Sekiranya perkara ini dirujuk sejak daripada bayi, dentist ada cara untuk mencegah masalah ini tanpa perlu menelan kos yang tinggi. Tetapi jika perkara ini dibiarkan sehingga kanak2 itu meningkat dewasa, maka ia perlu untuk memakai braces. Memakai braces pula memerlukan sekurang-kurangnya 5k dalam tangan. Mungkin kalau pergi ke klinik kerajaan boleh dapat harga yang lebih murah, tetapi perlu tunggu giliran untuk tempoh masa yang panjang. Takut2 jika terlambat nanti, akan menyebabkan berlakunya masalah yang lain pula.

kebaikan untuk kanak2
> memperkenalkan kanak2 dengan dunia penjagaan gigi
>membina hubungan dengan kanak2 dengan bertanya soalan (history) secara direct.
>untuk mengurangkan rasa takut pesakit kepada prosedur dentist dengan memulakan rawatan yang mudah
>sebagai motivasi buat kanak2 dengan memupuk sikap positif pada dental care.

kebaikan untuk ibu bapa
> membina hubungan yang baik dengan ibu bapa
> sebagai emotional support pada pesakit.
> success rate yang meningkat.

kebaikan untuk dentist
> untuk diagnose dan merancang rawatan yang terbaik untuk pesakit.

No comments:

Post a Comment