Showing posts with label hukum. Show all posts
Showing posts with label hukum. Show all posts

Monday, 13 July 2015

Cabut gigi..batal puasa atau tidak

Suatu hari di sebuah klinik gigi

Pesakit: Dr..dr sy sakit gigi. Sy rasa mcm nak cabut je gigi ni tapi masalahnya sy puasa hari ni. Tak batal ke nanti?

Dr H: owh..tak pe..tak batal selagi mana awk tak telan darah dan bahan rawatan bersama air liur. Cuma kalau ikut hukum ia makruh saja.

Pesakit: mestila masa dr rawat sy nanti sy tertelan air liur. Dah tu mcm mana sy nak tahu sy telan air liur yg bercampur dgn bahan tu ke tak?

Dr : Jangan risau..zaman sekarang ni kan ada alat teknologi yg canggih. Alat penyedut air liur kuasa tinggi atau dalam bahasa org putih dipanggil High Volume Suction. Alat ini nanti akan menyedut air liur agar awak tak tertelan nanti. Selain itu, dr akan guna empangan getah( rubber dam) . In shaa Allah alat2 ni akan menghalang awk daripada tertelan air liur smile emoticon

Pesakit: owh..*mengangguk faham.

Selepas rawatan...

Pesakit: terima kasih dr. Sy ingat ke puasa sy terbatal kalau sy buat rawatan gigi. Sbb tu sy tak pergi jumpa dr gigi bulan puasa ni. Tp semalam sy xtahan sgt. Sampaikan sy terbaring dan xboleh buat apa2 pun.

Dr :dah tu awak berbuka tak?

Pesakit: tak..hee

Dr :adik, dalam Islam Allah tak pernah susahkan kita. Kalau awk sakit sgt, awk boleh buka puasa. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi kata dalam fatwa, pesakit diharuskan berbuka puasa jika kesakitan itu memudharatkan.

Dalam Al-Quran pun Allah ada sebut

ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر
Maksudnya: " Sesiapa dalam keadaan sakit atau musafir (harus baginya berbuka puasa), maka diganti pada hari lain

Awk boleh check surah Al-Baqarah ayat 2

Pesakit: Baiknya Allah.*terharu...baru sy tahu. Terima kasih dr smile emoticon


Dr :sama2 kasih;)

Ketahuilah Allah tidak akan memberatkan hamba2Nya

يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu

Rujukan: Tanyalah Pakar Tentang Fiqh

Hukum jaga gigi

Apakah hukum menjaga gigi?
Bersiwak atau dalam bahasa Melayu menggosok gigi adalah satu cara utama penjagaan gigi. Sekalipun para ulama berselisih pendapat mengenai hukum bersiwak, namun jumhur ulama mengatakan hukum bersiwak adalah tidak lebih drpd sunat muakad, iaitu sunat yang sangat dituntut, kerana Rasulullah saw amat mengambil berat soal bersiwak. Sabda Rasulullah saw
السواك مطهرة للفم، مرضاة للرب.
Ertinya " Siwak dapat membersihkan mulut dan diredhai Allah".
(Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Al-Nasa'i dan Ibnu Hibban
Hukum bersiwak adalah sunat muakkad seperti yang ditegaskan oleh jumhur ulama bersandarkan kepada beberapa hadis, yang mencakupi
لو أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء.
Ertinya
"Jika bukan kerana memberatkan umatku maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali wuduk"
(Riwayat al-Bukhari)
Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental