Apakah hukum menjaga gigi?
Bersiwak atau dalam bahasa Melayu menggosok gigi adalah satu cara utama penjagaan gigi. Sekalipun para ulama berselisih pendapat mengenai hukum bersiwak, namun jumhur ulama mengatakan hukum bersiwak adalah tidak lebih drpd sunat muakad, iaitu sunat yang sangat dituntut, kerana Rasulullah saw amat mengambil berat soal bersiwak. Sabda Rasulullah saw
السواك مطهرة للفم، مرضاة للرب.
Ertinya " Siwak dapat membersihkan mulut dan diredhai Allah".
Ertinya " Siwak dapat membersihkan mulut dan diredhai Allah".
(Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Al-Nasa'i dan Ibnu Hibban
Hukum bersiwak adalah sunat muakkad seperti yang ditegaskan oleh jumhur ulama bersandarkan kepada beberapa hadis, yang mencakupi
لو أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء.
Ertinya
"Jika bukan kerana memberatkan umatku maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali wuduk"
(Riwayat al-Bukhari)
Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental
No comments:
Post a Comment